By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Terokai
TerokaiTerokai
Aa
Search
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2023 Terokai.com by Cepat Digital Ventures (003274377-X). All Rights Reserved.
Terokai > Makanan > Resepi > 10 Resepi Menu Berpantang Untuk Ibu Baru
MakananResepi

10 Resepi Menu Berpantang Untuk Ibu Baru

miccy
Last updated: 2023/04/16 at 3:47 AM
miccy 8 Min Read
Share
SHARE

Hai semua, memandangkan saya bakal bersalin tidak lama lagi, saya rasa sangat wajar berkongsi 10 resepi berpantang yang saya peroleh dari blog kawan kita ini:

Contents
Resepi 1: Daging Lada HitamResepi 2: Daging Goreng KunyitResepi 3: Singgang Daging Ala KelantanResepi 4: Ayam Panggang Orang BerpantangResepi 5: Ayam Masak BijanResepi 6: Ikan Tenggiri Goreng HaliaResepi 7: Ikan Tenggiri BakarResepi 8: Sup Lobak CampurResepi 9: Sup AyamResepi 10: Ikan Stim

http://aishukri.blogspot.com/2015/01/wajib-tahu-resepi-ketika-berpantang-40.html

Resepi 1: Daging Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • 250gm daging lembu (Dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (Dihiris)
  • 5 biji bawang putih (Dicincang halus)
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak jagung.
  2. Goreng daging hingga agak garing dan angkat.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, dan garam.
  5. Kacau rata sebelum diangkat.

Info: Daging lembu mengandungi lemak tepu yang tinggi. Tetapi, ia mengandungi kolesterol yang rendah. Mengambilnya akan membekalkan tenaga.

Resepi 2: Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

  • 250gm daging lembu (Dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
  • 1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Bahan dipotong serong:

  • 1/2 biji cili merah
  • 1/2 biji cili hijau

Cara Penyediaan:

  1. Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
  2. Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
  3. Rebus daging hingga empuk.
  4. Masukkan bawang besar, cili merah, dan cili hijau.
  5. Kacau sekata sebelum diangkat.

Info: Selain serat yang tinggi pada daging lembu, ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.

Resepi 3: Singgang Daging Ala Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
  • 1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris kasar:

  • 200gm daging
  • 20gm halia
  • 20gm lengkuas

Cara Penyediaan:

  1. Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar, cili kering, dan asam keping hingga empuk.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar, garam, dan gula.
  3. Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info: Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin. Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Resepi 4: Ayam Panggang Orang Berpantang

Bahan-bahan:

  • 500gm ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 1/2 sudu kecil jintan putih
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan-bahan dikisar:

  • 20gm halia
  • 10gm kunyit hidup
  • 10gm lengkuas
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
  2. Panggang sehingga masak.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
  5. Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa, dan garam.
  6. Tambah air dan biarkan mendidih. Curahkan ke atas ayam tadi.

Info: Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.

Resepi 5: Ayam Masak Bijan

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ketul daging ayam
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Bijan goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan dihiris:

  • 30gm halia tua dihiris

Cara Penyediaan:

  1. Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan biar kuah pekat.
  3. Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Resepi 6: Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ikan tenggiri
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan-bahan dihiris dan digoreng:

  • 30gm halia
  • 3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Biarkan selama 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
  5. Tuangkan kicap dan masak seketika.
  6. Curahkan ke atas ikan.
  7. Taburkan halia, bawang putih, dan minyak bijan ke atas ikan.

Info: Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.

Resepi 7: Ikan Tenggiri Bakar

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang dihiris:

  • 30gm halia
  • 3 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  1. Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.
  2. Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
  3. Satukan air asam jawa bersama halia, bawang merah, serbuk lada hitam, garam, dan gula.
  4. Hidangkan bersama ikan.

Info: Ikan tenggiri membekalkan selenium pada tubuh. Ia mengelakkan tubuh dihidapi kanser dan penyakit jantung.

Resepi 8: Sup Lobak Campur

Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 1/2 batang lobak putih
  • Sedikit lobak merah
  • Sedikit daun kucai

Bahan-bahan ditumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan lobak putih dan rebus hingga empuk.
  3. Masukkan lobak merah, daun kucai, dan garam.
  4. Biarkan seketika sebelum diangkat.

Resepi 9: Sup Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 biji bawang besar (dipotong)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub pati ayam
  • 900ml air
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam.
  2. Potong ayam kepada beberapa bahagian.
  3. Masukkan sedikit minyak masak.
  4. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai, dan sup bunjut sehingga naik bau.
  5. Masukkan air, ayam, dan kiub pati ayam. Masak sehingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa.
  7. Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Masukkan jus limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki.

Resepi 10: Ikan Stim

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • 2 halia (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan halia yang dihiris dengan jumlah yang agak banyak, tomato yang dipotong, daun sup, dan sedikit garam di atas ikan.
  2. Stim ikan hingga masak.

Selain menu di atas, penting untuk ibu baru mengambil suplemen untuk memastikan kecukupan zat nutrisi yang dibutuhkan tubuh. Berikut adalah suplemen yang saya amalkan sepanjang berpantang dan menyusu 3 anak saya sebelum ini:

  • Set ibu menyusu dan berpantang yang sangat lengkap
    • Dilengkapkan dengan zinc (zinc complex shaklee)

Mengamalkan suplemen ini membuatkan saya bertenaga semasa berpantang, sekaligus dapat menjaga anak-anak yang lain. Luka saya mudah sembuh, rahim cepat mengecut, kandungan darah mudah berhenti, dan bayi tidak rewel kerana susu mencukupi.

Semoga perkongsian ini membantu dan jangan lupa untuk bersedia dengan resepi berpantang yang baik untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh pemulihan selepas bersalin. Selamat mencuba!

TAGGED: Ibu Berpantang, Makanan Pantang, Pantang, Pantang Food, Resepi Berpantang
miccy April 16, 2023 April 16, 2023
Share this Article
Facebook Twitter Email Copy Link Print
Next Article Layani Suami Semasa Isteri Berpantang: Tips dan Nasihat
Leave a comment Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2k Followers Like
3k Followers Follow
10.1k Followers Pin
TerokaiTerokai
Follow US

© 2023 Terokai.com by Cepat Digital Ventures (003274377-X). All Rights Reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?